SIARAN AKHBAR : PERKEMBANGAN TERKINI INSIDEN KEBAKARAN DI SONGKHLA, THAILAND
PERKEMBANGAN TERKINI INSIDEN KEBAKARAN DI SONGKHLA, THAILAND
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand mengesahkan bahawa seramai 15 orang warganegara Malaysia telah terlibat dalam insiden kebakaran di Danok, Songkhla pada hari Jumaat, 12 April 2019. Kesemua mereka telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan akibat terhidu asap tebal.
Sehingga kini, seramai lima orang mangsa masih menerima rawatan di Songkhla dan Hatyai manakala selebihnya telah dibenarkan keluar. Salah seorang daripada mangsa yang masih menerima rawatan dilaporkan berada dalam keadaan serius manakala empat yang lain dilaporkan stabil.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah mengadakan lawatan konsular ke atas para mangsa dan akan terus memantau keadaan mereka daripada semasa ke semasa. Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden ini disarankan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla seperti berikut:
Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla
| Alamat: | No. 4 Sukhum Road Tambon Boryang Muang District Songkhla 90000 |
| Tel.: | +(6674) 311 062 / 316 274 +66 93 657 0707 (Pegawai Bertugas/Kecemasan) |
| E-mel: | mwsongkhla@kln.gov.my |
PUTRAJAYA
13 APRIL 2019