SERANGAN KE ATAS TURKISH AEROSPACE INDUSTRIES (TAI) DI KAHRAMANKAZAN, ANKARA, TÜRKIYE
SERANGAN KE ATAS TURKISH AEROSPACE INDUSTRIES (TAI) DI KAHRAMANKAZAN, ANKARA, TÜRKIYE
Satu serangan telah dilaporkan berlaku pada 23 Oktober 2024 di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Türkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) yang terletak di Kahramankazan, 40 kilometer di utara Ankara, yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut.
Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Türkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera agar segera sembuh.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapat perkembangan. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan berkenaan. Semua rakyat Malaysia di Türkiye dinasihatkan untuk kekal tenang, waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan/atau Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul melalui butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ANKARA
Alamat: Büyükesat, Koza Sk. No:56, 06700 Çankaya/Ankara
No. Telefon: +(90) 312 44635 47/48
+(90) 507 8128406 (selepas waktu pejabat)
Emel: mwankara@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI ISTANBUL
Alamat: Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No:1 Polat Plaza, B Blok, Kat:
8, 34394 Şişli/İstanbul
No. Telefon: +(90) 212 98910 01/09
+(90) 531 7160551 (selepas waktu pejabat)
Emel: mwistanbul@kln.gov.my
PUTRAJAYA
24 Oktober 2024