Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

PENYERTAAN YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE PERSIDANGAN SECARA MAYA PERINGKAT TINGGI ASIA DAN PASIFIK MENGENAI KERJASAMA INISIATIF JALUR DAN LALUAN (BELT AND ROAD INITIATIVE) 23 JUN 2021

YB Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyertai Persidangan Secara Maya Peringkat Tinggi Asia dan

Pasifik mengenai Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 23 Jun 2021, di atas undangan TYT Wang Yi, Ahli Majlis Mesyuarat

Negara dan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China.

 

Persidangan pada tahun ini akan memberi tumpuan kepada usaha memacu kerjasama antarabangsa bagi memastikan agihan vaksin yang

lebih adil, terbuka dan tanpa diskriminasi serta mempromosikan ‘pembangunan hijau’ ke arah pencapaian pembangunan yang mapan dan

menyeluruh.

 

Semasa persidangan tersebut, YB Menteri Luar Negeri akan menyampaikan ucapan, di mana beliau antara lain, akan menyentuh

mengenai kepentingan dalam mencapai keseimbangan dalam kesihatan awam serta menangani cabaran COVID-19 di bawah kerangka

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). YB Menteri Luar Negeri akan turut menyentuh mengenai cabaran semasa dalam mengagihkan vaksin

secara adil dan kaedah bagi memantapkan lagi daya tahan negara dalam menghadapi cabaran pandemik di masa hadapan.

 

 

 

 

Sejajar dengan tema persidangan, YB Menteri Luar Negeri akan turut berkongsi pandangan mengenai ‘pembangunan hijau’ dalam konteks

kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta sasaran mencapai Sustainable Development Goals (SDGs). Pandemik yang

berlarutan telah menyukarkan seluruh dunia, namun Malaysia percaya dengan sumbangan idea inovatif dan strategi hijau, negara-negara

di rantau Asia Pasifik akan berupaya untuk bangun dari kesukaran dan bergerak ke arah mencapai pembangunan yang mampan.

 

 

Malaysia dan China telah menandatangani 'Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Bersama

melalui Jalur Ekonomi Laluan Sutera (Silk Road Economic Belt) dan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 (21st Century Maritime Silk

Road Initiative) pada 13 Mei 2017. Pada tahun 2020, jumlah perdagangan Malaysia dengan China telah meningkat sebanyak 4.2% dan

mencapai jumlah RM329.77 bilion. Peningkatan ini telah disumbangkan oleh kenaikan eksport ke China sebanyak 12.5% berjumlah

RM158.6 bilion. China terus kekal menjadi destinasi eksport terbesar buat Malaysia selama 12 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2008.

 

 

 

PUTRAJAYA

23 Jun 2021