PENGUMPULAN BARANGAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE SYRIA
PENGUMPULAN BARANGAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE SYRIA
Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Malaysia mengalu-alukan penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Syria. Pada 14 Februari, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan mesyuarat dengan wakil NGO dan syarikat untuk membincangkan tatacara penyaluran bantuan kemanusiaan ke Syria secara teratur dan selamat.
Pihak yang ingin menyumbangkan bantuan kemanusiaan diminta untuk menghantar barangan ke pusat pengumpulan di bawah seliaan NADMA dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) seperti berikut:
Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia
Alamat : Markas SMART, NADMA Malaysia
Jalan Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor
Masa Operasi : 10.00 pagi – 9.00 malam
Tarikh : 15 & 16 Februari 2023 (Rabu & Khamis)
No. Telefon : 03-8064 2400
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Alamat : Lot PT54, Lengkok Belfield, off Jalan Wisma Putra,
Kg Attap, 50460 Kuala Lumpur.
(Waktu operasi ialah waktu pejabat)
Masa Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
No. Telefon : 03-2142 8122
*Bagi pemberian di luar waktu operasi sila hubungi nombor yang tertera.
Barang yang diperlukan adalah seperti berikut:
| a. | Makanan kering | Pek makanan sedia dimakan, biskut, makanan dalam tin, buah kurma, mi segera, bar snek, minuman 3 dalam 1 |
| b. | Barang bukan makanan | Beg tidur, tuala wanita, kanvas plastik & tali (khemah), lampu puncak (headlight) dengan bateri, lampu solar mudah alih, pemanas (palam C & palam F) |
| c. | Pakaian | Pakaian musim sejuk dewasa & kanak-kanak |
| d. | Keperluan Bayi | Susu formula bayi (bagi bayi di bawah 3 tahun), lampin, makanan bayi |
Para penyumbang dimohon untuk melabelkan kesemua item yang ingin didermakan dengan jelas. Kesemua barangan tersebut perlu dibungkus dengan kemas ke dalam kotak atau pembungkus plastik sebelum penghantaran dibuat ke pusat pengumpulan.
Setiap sumbangan perlu diaku terima oleh pegawai NADMA dan PBSM yang bertugas di pusat pengumpulan tersebut untuk tujuan rekod.
PUTRAJAYA
15 Februari 2023