Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

PENAHANAN SEORANG LELAKI DIPERCAYAI WARGANEGARA MALAYSIA DI OSLO, NORWAY

 

PENAHANAN SEORANG LELAKI DIPERCAYAI WARGANEGARA MALAYSIA DI

 OSLO, NORWAY

 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan di Norway kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan.

 

PUTRAJAYA

12 September 2023