Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

MAJLIS PELANCARAN SKUAD IHSAN MADANI KEMENTERIAN LUAR NEGERI 22 DISEMBER 2024

MAJLIS PELANCARAN SKUAD IHSAN MADANI KEMENTERIAN LUAR NEGERI

22 DISEMBER 2024 

 

Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menggerakkan Skuad Ihsan MADANI KLN pada 22 Disember 2024 bagi melaksanakan misi pengurusan pasca banjir di kawasan-kawasan terjejas. YBhg. Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Skuad Ihsan MADANI KLN serta turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Luar Negeri.

Skuad Ihsan MADANI KLN terdiri daripada 60 orang warga Kementerian yang dibentuk bagi menyahut seruan Pelaksanaan Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Skuad Ihsan MADANI bagi Pengurusan Pasca Banjir selaras dengan arahan mobilasi oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam memperkasa peranan pasukan sukarelawan penjawat awam dalam pengurusan pasca bencana banjir.

Misi Skuad Ihsan MADANI KLN ini bertujuan untuk membersihkan serta mengecat semula bangunan awam dan infrastruktur yang terjejas akibat banjir. Inisiatif ini juga adalah hasil kerjasama erat Kementerian bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dan Majlis Daerah Pasir Mas.

Diharap usaha ini bukan sahaja dapat membantu mangsa banjir kembali menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi turut mencerminkan solidariti dalam kalangan masyarakat dan penjawat awam.

 

PUTRAJAYA

22 Disember 2024