Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

LAWATAN RASMI YANG MULIA SHEIKH ABDULLAH BIN ZAYED AL NAHYAN MENTERI LUAR NEGERI EMIRIAH ARAB BERSATU KE MALAYSIA, PADA 14 HINGGA 15 JUN 2023

 

LAWATAN RASMI

YANG MULIA SHEIKH ABDULLAH BIN ZAYED AL NAHYAN

 MENTERI LUAR NEGERI EMIRIAH ARAB BERSATU

KE MALAYSIA, PADA 14 HINGGA 15 JUN 2023

 

Yang Mulia Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, Menteri Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan melakukan Lawatan Rasmi ke Malaysia dari 14 hingga 15 Jun 2023.

Yang Mulia akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan termasuk usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia-UAE serta isu-isu serantau dan antarabangsa. Pertemuan ini juga merupakan susulan daripada lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi ke Malaysia pada Mei 2023.

UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat. Pada tahun 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5% dari RM22.33 bilion kepada RM38.73 bilion berbanding tahun sebelumnya.

 

PUTRAJAYA

14 Jun 2023