Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

LAWATAN KERJA YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR MENTERI LUAR NEGERI KE DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU SEMPENA PERSIDANGAN PARTI KE-28 KONVENSYEN RANGKA KERJA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (COP28) 1 - 2 DISEMBER 2023

 

LAWATAN KERJA YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR

 MENTERI LUAR NEGERI KE DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU SEMPENA

PERSIDANGAN PARTI KE-28 KONVENSYEN RANGKA KERJA PERTUBUHAN

BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (COP28)

1 - 2 DISEMBER 2023

 

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri Malaysia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 1 – 2 Disember 2023 sempena Persidangan Parti ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28).

Semasa Lawatan Kerja tersebut, YB Menteri Luar Negeri akan turut serta menyaksikan upacara perasmian Pavilion Malaysia dan upacara pertukaran dokumen yang melibatkan syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat Emiriah Arab Bersatu yang akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di sela-sela persidangan COP28.

YB Menteri Luar Negeri juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G77 dan China mengenai Perubahan Iklim bersama YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Semasa di Dubai, YB Menteri Luar Negeri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Republik Persekutuan Brazil dan Republik Ghana untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.

 

PUTRAJAYA

1 Disember 2023