Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

KUTIPAN TABUNG BENCANA KEMENTERIAN LUAR NEGERI DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2023

KUTIPAN TABUNG BENCANA KEMENTERIAN LUAR NEGERI

DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2023

 

Kementerian Luar Negeri (KLN) berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam membantu meringankan beban mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN).

Sejak kutipan ini dilancarkan pada 10 Februari 2023, jumlah sumbangan yang diterima sehingga 23 Februari 2023 telah mencecah hampir RM11 juta, kutipan tertinggi pernah dicatatkan untuk TBKLN. Memandangkan sumbangan yang diterima amat menggalakkan, KLN telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh kutipan TBKLN sehingga 31 Mac 2023.

Sehubungan itu, KLN sekali lagi, mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta NGO untuk terus menyalurkan sumbangan. Sumbangan yang dibuat adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Maklumat mengenai TBKLN adalah seperti berikut:

 

                       Nama Akaun             : Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri

                       Nama Bank               : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya

                        Nombor Akaun         : 1054 9000 0599

 

Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan anda melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen atau mengimbas kod QR di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui emel tbkln@kln.gov.my.

 

 

PUTRAJAYA

24 Februari 2023