Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

KERUNTUHAN JAMBATAN FRANCIS SCOTT KEY DI BALTIMORE, AMERIKA SYARIKAT

 

KERUNTUHAN JAMBATAN FRANCIS SCOTT KEY DI BALTIMORE, AMERIKA SYARIKAT

 

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C., memantau rapat perkembangan susulan keruntuhan jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat pada 26 Mac 2024.

Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. seperti maklumat di bawah:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI WASHINGTON, D.C.

Alamat            :         Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C.

3516 International Ct NW, Washington, DC 20008

No. Telefon   :           +1 (202) 375 4396

Emel               :           consularwdc@kln.gov.my

 

PUTRAJAYA

27 Mac 2024