Flag of Malaysia Bahasa Malaysia

Press Release

INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG DI SIAM PARAGON MALL BANGKOK, THAILAND

 

INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG DI SIAM PARAGON MALL

BANGKOK, THAILAND

 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden   tembakan   rambang   di    Siam   Paragon   Mall,   Bangkok,   Thailand    pada 3 Oktober 2023.

Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan pistol telah melepaskan tembakan rambang yang telah meragut dua (2) nyawa dan mencederakan lima (5) orang yang lain. Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di butiran seperti di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok

Kronos Sathorn Tower

Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak Bangkok 10500

Tel: +66-2340-5720

       +66-2340-5731 / 5732 (hal-hal konsular)

       +66-87-028-4659 (untuk kecemasan)

Faks: +66-2340-5721

Emel: mwbangkok@kln.gov.my

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

PUTRAJAYA

3 Oktober 2023