INSIDEN KEMATIAN DI NEPAL YANG MELIBATKAN PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR NEGERI
INSIDEN KEMATIAN DI NEPAL YANG MELIBATKAN
PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal ingin mengesahkan kematian Encik Parthiban A/L Kandasamy (umur 38), pegawai Kementerian Luar Negeri pada 30 Oktober 2023, jam 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep semasa pendakian ke Everest Base Camp.
Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jenazah mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.
Kementerian Luar Negeri ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang. Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga akan membantu dalam pengurusan jenazah mendiang untuk dibawa balik ke Malaysia.
PUTRAJAYA
30 Oktober 2023