GEMPA BUMI DI WILAYAH AUTONOMI UYGUR XINJIANG, CHINA 23 JANUARY 2024
GEMPA BUMI DI WILAYAH AUTONOMI UYGUR XINJIANG, CHINA 23 JANUARY 2024
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan Barat Laut China di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 23 Januari 2024 jam 2:09 pagi masa tempatan.
Menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi tersebut.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi ini, serta kepada rakyat dan Kerajaan Republik Rakyat China.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Beijing pada butiran yang diberikan di bawah:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIJING
Alamat : No.2, Liang Ma Qiao Bei Jie, Chaoyang District, Beijing 100600 People’s Republic of China
No. Telefon : 00-8610-6532-2531
00-8613718942581(emergency – after office hours)
Emel : mwbeijing@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
PUTRAJAYA
24 JANUARI 2024