GEMPA BUMI 7.2 MAGNITUD LANDA PANTAI TIMUR TAIWAN
GEMPA BUMI 7.2 MAGNITUD LANDA PANTAI TIMUR TAIWAN
Kementerian Luar Negeri, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi 7.2 magnitud yang berlaku di Hualien, Taiwan pada 3 April 2024 pada 7:58 pagi waktu tempatan. Ia telah mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik.
Setakat jam 10 pagi, 3 April 2024, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi tersebut. Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Malaysia merakamkan simpati kepada kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, seperti maklumat di bawah:
PUSAT PERSAHABATAN DAN PERDAGANGAN MALAYSIA DI TAIPEI
Alamat : 8th Floor, San Ho Plastic Building,
No.102, Dun Hua North Road,
Taipei, Taiwan
No. Telefon : +886 2 2713 2626
Emel : mwtaipei@kln.gov.my
PUTRAJAYA
3 April 2024