WARGANEGARA MALAYSIA TERCEDERA DALAM BENCANA LETUSAN GUNUNG BERAPI DI WHITE ISLAND, NEW ZEALAND
WARGANEGARA MALAYSIA TERCEDERA DALAM BENCANA
LETUSAN GUNUNG BERAPI DI WHITE ISLAND, NEW ZEALAND
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia tercedera dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand pada hari Isnin, 9 Disember 2019 jam 2.11 petang waktu tempatan. Mangsa berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban sebelum ini.
Warganegara Malaysia yang terjejas atau berada di tempat kejadian adalah disarankan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington seperti berikut:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington
Alamat : 10 Washington Avenue, Brooklyn,
P.O. Box 9422, Wellington 6021
New Zealand
Telefon : +64-4385 2439
+64-4801 5659
+64-210 440 188 (Kecemasan)
E-mel : mwwellington@kln.gov.my
PUTRAJAYA
10 Disember 2019