WARGANEGARA MALAYSIA ANTARA YANG DISELAMATKAN SEMASA OPERASI SERBUAN KE ATAS PHILIPPINE OFFSHORE GAMING OPERATOR (POGO) OLEH POLIS FILIPINA
WARGANEGARA MALAYSIA ANTARA YANG DISELAMATKAN SEMASA OPERASI SERBUAN KE ATAS PHILIPPINE OFFSHORE GAMING OPERATOR (POGO) OLEH POLIS FILIPINA
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengenalpasti dan mengesahkan status 134 mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia daripada sejumlah 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah di Republik Filipina.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan telah berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket jenayah tersebut yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara termasuk Malaysia.
Mangsa-mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat.
Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
PUTRAJAYA
28 Jun 2023