USAHA MENGESAN 12 RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK DAPAT DI HUBUNGI BERIKUTAN FENOMENA HUJAN LEBAT DI PERGUNUNGAN MANALI, HIMACHAL PRADESH, INDIA
USAHA MENGESAN 12 RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK DAPAT DI HUBUNGI
BERIKUTAN FENOMENA HUJAN LEBAT DI PERGUNUNGAN MANALI,
HIMACHAL PRADESH, INDIA
Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia susulan laporan berhubung sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing, berikutan fenomena hujan lebat yang telah melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai 2023.
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa Kumpulan ini sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India. Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi seperti butiran berikut:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India
50-M Satya Marg, Chanakyapuri,
New Delhi 110021
Tel: +91 85955 50594
E-mel: mwdelhi@kln.gov.my
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yg dikunjungi.
Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
12 Julai 2023