STATUS TERKINI BERKENAAN KES WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LAUKKAING, MYANMAR
STATUS TERKINI BERKENAAN KES WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LAUKKAING, MYANMAR
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan khas pada 24 November 2023 bagi membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas di bandar Laukkaing, Myanmar. Peruntukan khas ini diberikan khusus mengambil kira situasi yang genting di Laukkaing, utara Myanmar susulan perang saudara yang bermula pada 27 Oktober 2023.
Kementerian Luar Negeri pada masa ini sedang giat membuat persiapan yang sewajarnya bagi proses mengevakuasi kesemua warganegara Malaysia yang terkandas. Pelaksanaan proses evakuasi ini walaubagaimanapun adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan oleh pihak-pihak berwajib di negara Myanmar dan Republik Rakyat China.
Sebarang perkembangan mengenai proses evakuasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
29 November 2023