STATUS RAKYAT MALAYSIA SUSULAN GEMPA BUMI DI AFGHANISTAN
STATUS RAKYAT MALAYSIA SUSULAN GEMPA BUMI DI AFGHANISTAN
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India ingin mengesahkan bahawa setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda Wilayah Herat, Afghanistan pada 7 Oktober 2023.
Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada Kerajaan serta rakyat Afghanistan yang terjejas susulan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan orang lagi cedera serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.
Rakyat Malaysia menzahirkan solidariti kepada rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini. Ingatan dan doa ikhlas rakyat Malaysia adalah bersama-sama, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini.
Pada masa ini, urusan konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di Afghanistan dikendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi. Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di butiran seperti di bawah:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
50-M, Satya Marg
Chanakyapuri
New Delhi 110021
Tel: +91-11-2415 9300
+91-85955 50594
Faks: +91-11-2688 1538
Emel: mwdelhi@kln.gov.my
PUTRAJAYA
10 Oktober 2023