SITUASI KESELAMATAN SUSULAN DEMONSTRASI DI INDONESIA
SITUASI KESELAMATAN SUSULAN DEMONSTRASI DI INDONESIA
Kementerian Luar Negeri merujuk kepada beberapa laporan berhubung perhimpunan besar-besaran yang diadakan di Jakarta pada hari ini, 1 Oktober 2019, dan ingin menasihatkan rakyat Malaysia di Jakarta supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan daripada pihak berkuasa Republik Indonesia. Rakyat Malaysia perlu sentiasa memberi perhatian kepada keselamatan diri mereka, dan mengelak kawasan-kawasan yang terlibat.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan supaya berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta seperti berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JAKARTA
Jalan H.R. Rasuna Said
Kav. X/6 No 1-3, Kuningan
Jakarta Selatan, 12950
Republik Indonesia
Tel. : +622 522 4947 dan +62 813 8081 3036
E-mel : mwjakarta@kln.gov.my
WISMA PUTRA : 03-8887 4530 / 03-8887 4570 (selepas waktu bekerja)
PUTRAJAYA
1 Oktober 2019