SIARAN AKHBAR : GEMPA BUMI DI WILAYAH HUALIEN, TAIWAN
GEMPA BUMI DI WILAYAH HUALIEN, TAIWAN
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang pelancong warganegara Malaysia mengalami kecederaan akibat daripada bencana gempa bumi berskala 6.1 dan 4.1 Richter yang melanda wilayah Hualien, Taiwan pada hari Khamis, 18 April 2019 pada jam 1.01 dan 1.17 tengahari waktu tempatan. Mangsa dilaporkan cedera akibat runtuhan batu semasa melawat Taroko Gorge National Park dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Hualien Tzu Chi.
Kementerian Luar Negeri melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei akan terus memantau keadaan mangsa dan menghulurkan bantuan sewajarnya. Warganegara Malaysia yang terjejas akibat bencana ini dan memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di alamat seperti berikut:
Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC)
Alamat : 8th Floor, San Ho Plastic Building
102, Dun Hua North Road
Taipei, Taiwan R.O.C
Telefon : +(886) 22713 2626
+(886) 90574 6271 (Pegawai Bertugas)
Emel : mwtaipei@kln.gov.my
PUTRAJAYA
18 April 2019