SEGERA: MAKLUMAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI UNITED KINGDOM
SEGERA: MAKLUMAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI UNITED KINGDOM
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom sedang memantau dengan rapat siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di United Kingdom, susulan kejadian tikaman di Southport pada 29 Julai 2024.
Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom dinasihatkan untuk menjauhi kawasan terlibat, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya. Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi melalui butiran berikut:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI LONDON
Alamat : 45 - 46 Belgrave Square, London, United Kingdom
No. Telefon : +44 20 3931 6196
+44 20 7235 8033
Emel : mwlondon@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
4 OGOS 2024