RIBUT TROPIKA YAGI DI HONG KONG DAN SELATAN CHINA
RIBUT TROPIKA YAGI DI HONG KONG DAN SELATAN CHINA
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Guangzhou, sedang memantau dengan teliti perkembangan Ribut Tropika Yagi yang dijangka akan mendarat di selatan China, termasuk Hainan dan Guangdong. Sehingga pukul 3 petang waktu tempatan pada 5 September 2024, Ribut Tropika Yagi terletak lebih kurang 350km selatan-tenggara dari Hong Kong. Ia dijangka bergerak ke arah barat-barat laut dengan kelajuan 15km/j melintas bahagian utara Laut China Selatan.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh taufan tersebut.
Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong atau Guangzhou melalui butiran yang disediakan di bawah:
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI HONG KONG
Alamat: 24th Floor, Malaysia Building,
47-50 Gloucester Road,
Wanchai, Hong Kong, China
No. Telefon: (852) 2821 0800 (waktu pejabat), (852) 2865 1628
Emel: mwhongkong@kln.gov.my
CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA IN GUANGZHOU
Address: Unit 21 & 22, Level 12, GDH Bay City Centre (BCC),
No.21 Zhujiang West Road, Zhujiang New Town,
Tianhe District, Guangzhou, Guangdong
Phone numbers: +8620 2289 9266/9268/9270 (Consular), +8620 2289 9262 / 9263 (Immigration),
+86 188 0208 7683/ +86 188 2503 5510 (after office hours)
E-mail: mwguangzhou@kln.gov.my
PUTRAJAYA
5 September 2024