RAMPASAN KUASA OLEH PIHAK TENTERA DI GABON
RAMPASAN KUASA OLEH PIHAK TENTERA DI GABON
Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja (ditauliahkan serentak ke Gabon) ingin mengesahkan bahawa kesemua rakyat Malaysia di Gabon yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja berada dalam keadaan yang selamat susulan daripada pengumuman melalui media tempatan Gabon mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera di negara tersebut.
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja di butiran seperti di bawah:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja
No. 4A, Plot 2232 B, Rio Negro Close
Off Yedseram Street, Maitama
Abuja, Nigeria
Telefon : +234 92908488
: +234 7031365197 (Pegawai Bertugas)
E-mel: mwabuja@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
30 Ogos 2023