PERKEMBANGAN TERKINI URUSAN MEMBAWA PULANG JENAZAH PENDAKI MISI MALAYSIA EVEREST 2023
PERKEMBANGAN TERKINI URUSAN MEMBAWA PULANG JENAZAH PENDAKI
MISI MALAYSIA EVEREST 2023
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa usaha membawa turun jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah dari Everest Base Camp ke Kathmandu akan dilakukan pada hari ini dengan menggunakan helikopter, sekiranya operasi membawa turun jenazah dari Camp 4 berjalan seperti dijadualkan.
Pada masa yang sama, Kementerian ini juga ingin memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) Encik Muhammad Hawari Hashim sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. Usaha SAR udara telah dijalankan semenjak 20 Mei 2023, namun masih tidak berjaya mengesan mangsa. Proses mencari dan menyelamat kini diteruskan dengan SAR darat di kawasan lurah-lurah ais bermula dari 21 Mei 2023.
Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan terus menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan proses membawa pulang jenazah dan pencarian pendaki Misi Malaysia Everest 2023 yang masih hilang berjalan dengan lancar.
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
22 Mei 2023