PERKEMBANGAN TERKINI PASCA TAUFAN DANIEL YANG MELANDA LIBYA
PERKEMBANGAN TERKINI PASCA TAUFAN DANIEL YANG MELANDA LIBYA
Kementerian Luar Negeri Malaysia sedang memantau perkembangan pasca Taufan Daniel yang melanda wilayah Timur Libya pada hari Ahad lepas. Kejadian ini telah menyebabkan dua (2) empangan di bandar Derna pecah dan mengakibatkan banjir besar yang telah mengorbankan lebih daripada 8,000 nyawa manakala 10,000 lain masih hilang. Angka korban banjir ini dijangka akan terus meningkat mengambil kira usaha- usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.
Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas oleh Taufan Daniel tersebut. Setakat 14 September 2023, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda wilayah timur Libya ini. Dua (2) rakyat Malaysia yang berada di Marsa El Brega telah dapat dihubungi dan disahkan selamat.
Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, rakyat Malaysia di Libya yang memerlukan khidmat nasihat yang berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat seperti butiran di bawah:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KAHERAH
Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
No. 26, Sabeel Al Khazhindar Street
Abbasiyah, Cairo
Republik Arab Mesir
No. Pegawai Bertugas: (+2) 012 0027 6388
Tel: +202 4858677 & +202 4829449
E-mel: mwcairo@kln.gov.my
PUTRAJAYA
14 September 2023