PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI RAKYAT MALAYSIA DI IRAN
PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI RAKYAT MALAYSIA DI IRAN
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, sedang memantau rapi perkembangan keselamatan di Republik Islam Iran. Usaha ini telah dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun 2025 yang telah memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau tersebut.
Memandangkan keadaan yang semakin meruncing, semua rakyat Malaysia yang berada di Iran adalah dinasihatkan agar meninggalkan negara tersebut dengan serta-merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia. Situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal. Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal sebagai keutamaan Kementerian ini.
Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berterusan berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Iran. Kesemua mereka telah disahkan selamat dan telah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera. Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran.
Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN
Alamat: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb
Nombor telefon: +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602
E-mel: mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com
Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian ini telah mengaktifkan Bilik Gerakan berkuat kuasa mulai 17 Jun 2025. Ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia yang berada di Iran boleh menghubungi Kementerian bagi mendapatkan maklumat lanjut di +603 8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.
PUTRAJAYA
17 Jun 2025