PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG BENCANA GEMPA BUMI DI DAERAH CIANJUR, WILAYAH JAWA BARAT, REPUBLIK INDONESIA
PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG BENCANA GEMPA BUMI DI DAERAH
CIANJUR, WILAYAH JAWA BARAT, REPUBLIK INDONESIA
Pada 21 November 2022, satu gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter telah berlaku pada jam 1.21 petang waktu tempatan di daerah Cianjur, Wilayah Jawa Barat, Indonesia kira-kira 110 km daripada Jakarta. Setakat ini, gempa bumi tersebut dilaporkan telah mengakibatkan kehilangan nyawa seramai 162 orang serta jumlah kerosakan infrastruktur yang tinggi.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta seperti maklumat di bawah :
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
No. Telefon : +62 21 5224947 (Pertanyaan umum)
+62 813 8081 3036 (Urusan kecemasan selepas waktu Pejabat)
Emel : mwjakarta@kln.gov.my
PUTRAJAYA
22 November 2022