PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG BENCANA GEMPA BUMI DI DAERAH ACEH DAN SUMATERA UTARA, REPUBLIK INDONESIA
PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG BENCANA GEMPA BUMI DI DAERAH
ACEH DAN SUMATERA UTARA, REPUBLIK INDONESIA
Pada 16 Januari 2023, satu gempa bumi dilaporkan berukuran 6.2 pada skala Richter telah berlaku pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia. Setakat ini, tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah.
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan
No. Telefon : +62 61 4531342
+62 61 4523992
Emel : mwmedan@kln.gov.my
PUTRAJAYA
16 Januari 2023