PEMAKLUMAN MENGENAI KEADAAN SEMASA AHLI KONTIJEN MALAYSIA KE ‘25TH WORLD SCOUT JAMBOREE’ DI SAEMANGEUM, REPUBLIK KOREA
PEMAKLUMAN MENGENAI KEADAAN SEMASA AHLI KONTIJEN MALAYSIA KE ‘25TH WORLD SCOUT JAMBOREE’ DI SAEMANGEUM, REPUBLIK KOREA
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul ingin mengesahkan bahawa setakat ini, kesemua 499 ahli kontinjen Malaysia yang terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan yang menyertai 25th World Scout Jamboree dari 1 hingga 12 Ogos 2023 berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum, Republik Korea.
Menurut laporan awal, empat (4) orang daripada kontinjen Malaysia telah mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, demam serta ruam. Kesemua mereka dilaporkan telah mendapat rawatan yang sewajarnya.
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus berhubung rapat dengan wakil kontinjen Malaysia dan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan semasa berhubung perkara ini.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengikut butiran seperti di bawah:
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul
129, Dokseodang-ro (Hannam-dong)
Yongsan-gu
Seoul 04419
Telefon : +822 2077-8600
E-mel : mwseoul@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
7 Ogos 2023