NASIHAT PERJALANAN KE BANGLADESH
NASIHAT PERJALANAN KE BANGLADESH
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, sedang memantau rapat situasi di Bangladesh. Kementerian ini juga mengambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa.
Mengambil kira situasi yang masih sukar diramalkan, warganegara Malaysia adalah diminta untuk menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh.
Warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, serta sentiasa berwaspada, mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka melalui butiran di bawah:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI DHAKA
Alamat : Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka
House No. 19, Road No. 6,
Baridhara Diplomatic Enclave,
Dhaka – 1212
People’s Republic of Bangladesh
No. Telefon : +880241081892 / 1895
+88 018 4179 8077 (kecemasan sahaja)
Emel : mwdhaka@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
7 Ogos 2024