MEMUDAH CARA PENGHANTARAN PELAJAR MALAYSIA UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN MEREKA DI REPUBLIK RAKYAT CHINA
MEMUDAH CARA PENGHANTARAN PELAJAR MALAYSIA UNTUK
MENERUSKAN PENGAJIAN MEREKA DI REPUBLIK RAKYAT CHINA
Kementerian Luar Negeri berbesar hati mengumumkan bahawa Kementerian ini telah berjaya menyelaraskan penghantaran pulang pelajar Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka di China dengan mengaturkan penerbangan khas ke Shanghai, China. Ini berikutan persetujuan yang dicapai antara YB Dato' Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri dan Tuan Yang Terutama Wang Yi, Menteri Luar Negeri merangkap Penasihat Negara Republik Rakyat China (RRC) pada Disember 2021 dan semasa lawatan rasmi beliau ke Kuala Lumpur pada Julai 2022 yang lalu.
Setakat ini, Kementerian dengan kerjasama Kedutaan Besar RRC di Kuala Lumpur telah memudah cara seramai 450 pelajar Malaysia kembali ke China melalui tiga (3) penerbangan khas pada 8 Ogos dan 7 September 2022
Semua pelajar yang berhasrat kembali ke China untuk pengajian mereka perlu mendapatkan surat jemputan atau borang JW201 daripada universiti masing-masing. Mereka kemudian boleh mengemukakan permohonan visa mereka untuk mengembara ke China di Kedutaan Besar RRC di Kuala Lumpur
Pelajar Malaysia yang telah mendapatkan surat jemputan atau JW201 dan ingin kembali ke China melalui penerbangan khas boleh mendaftarkan hasrat mereka dengan menghubungi alamat e-mel berikut:
MAS Charter Team
Kedua-dua pihak, Kementerian dan Kedutaan Besar RRC di Kuala Lumpur dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines akan terus memudah cara penghantaran pelajar supaya mereka dapat meneruskan pengajian di sana sehingga sampai masa industri penerbangan kembali normal.
PUTRAJAYA
7 September 2022