MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN BERANI MATI DI ANKARA
MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN BERANI MATI DI ANKARA
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan berani mati di Ankara pada 1 Oktober 2023 jam 9:30 pagi (waktu tempatan) yang telah mencederakan dua (2) orang pegawai polis. Sebagai tanda solidariti bersama Türkiye dan seiring dengan pendirian masyarakat antarabangsa, Malaysia menentang penuh sebarang bentuk tindakan keganasan yang bertujuan mengganggu proses politik yang sah.
Tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu. Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan terkini dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Rakyat Malaysia di Türkiye digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa tempatan. Sekiranya memerlukan bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti di butiran berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara
No. Telefon : 00 (90-312) 44635 47 / 48
00 (90 – 5078128406) (Telefon bimbit)
Emel : mwankara@kln.gov.my
Konsulat Malaysia di Istanbul
No. Telefon : 00 (90-212) 989 10 01
Emel : mwistanbul@kln.gov.my
PUTRAJAYA
2 Oktober 2023