MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN BOM BERANI MATI DI BALAI POLIS DI JAWA BARAT, INDONESIA
MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN BOM BERANI MATI DI BALAI POLIS DI JAWA BARAT, INDONESIA
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang telah berlaku di Balai Polis di Jawa Barat, Indonesia pada jam 8.20 pagi, 7 Disember 2022. Serangan ini dilaporkan telah mengakibatkan kematian kepada pengebom dan seorang anggota polis manakala tujuh (7) anggota polis lain tercedera. Malaysia berharap agar pihak yang mendalangi serangan ini segera dibawa ke muka pengadilan.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini. Malaysia juga berdoa agar diberikan kesembuhan segera kepada mangsa-mangsa yang tercedera.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Sekiranya manamana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi seperti butiran berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
No. Telefon : +62 21 5224947 (Pertanyaan umum)
+62 813 8081 3036 (Urusan kecemasan selepas waktu Pejabat)
Emel : mwjakarta@kln.gov.my
PUTRAJAYA
7 Disember 2022