LETUPAN GUNUNG MARAPI DI WILAYAH SUMATERA BARAT, REPUBLIK INDONESIA
LETUPAN GUNUNG MARAPI DI WILAYAH SUMATERA BARAT, REPUBLIK INDONESIA
Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan Gunung Marapi di Wilayah Sumatera Barat, Republik Indonesia.
Pada 3 Disember 2023, Gunung Marapi telah meletus dan hujan abu tebal tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.
Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah:
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan
Alamat : Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152
Sumatera Utara, Republik Indonesia
No. Telefon : +62 61 4531342
+62 61 4523992
Emel : mwmedan@kln.gov.my
PUTRAJAYA
7 Disember 2023