LAWATAN RASMI YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ARAB SAUDI 22 – 24 MAC 2023
LAWATAN RASMI YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ARAB SAUDI 22 – 24 MAC 2023
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023 atas jemputan YAM Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi. Lawatan ini merupakan Lawatan Rasmi sulung beliau ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-
Ia mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi yang wujud selama ini serta memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan jalinan kerjasama dua hala, bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang
YAB Perdana Menteri akan diiringi oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Delegasi YAB Perdana Menteri juga akan disertai oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, serta pegawai kanan Kerajaan.
YAB Perdana Menteri dijadual untuk mengadakan kunjungan mengadap ke atas Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, YTM Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, YAM Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Semasa lawatan ini, YAB Perdana Menteri akan turut mengadakan sesi pertemuan bersama warga perniagaan serta diaspora Malaysia di Arab Saudi.
Arab Saudi merupakan rakan dagang Malaysia terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat. Pada tahun 2022, jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi telah mencecah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding RM17.56 bilion (USD4.23 bilion) pada tahun 2021.
PUTRAJAYA
22 Mac 2023