LAWATAN RASMI SETIAUSAHA LUAR, KOMANWEL DAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN UNITED KINGDOM, PYT ELIZABETH TRUSS KE MALAYSIA PADA 8 NOVEMBER 2021
LAWATAN RASMI SETIAUSAHA LUAR, KOMANWEL DAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN UNITED KINGDOM,
PYT ELIZABETH TRUSS KE MALAYSIA,
PADA 8 NOVEMBER 2021
YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri akan menerima lawatan rasmi ol eh PYT Elizabeth Truss, Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom ke Malaysia pada 8 November 2021, yang merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia.
PYT Elizabeth Truss dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. Kedua-dua Menteri Luar ini akan membuat penilaian secara menyeluruh ke atas kemajuan dalam hubungan yang telah lama terjalin di antara Malaysia dan United Kingdom, dan peluang kerjasama di antara kedua-dua buah negara pasca pendemik COVID-19. Perbincangan tersebut juga dijangka akan turut menyentuh isu-isu berkenaan keselamatan serantau, situasi di Myanmar, isu-isu Komenwel dan perubahan iklim.
PYT Elizabeth Truss turut dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia untuk bertukar pendapat mengenai isu-isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Malaysia dan United Kingdom merupakan rakan kerjasama yang erat dalam pelbagai aspek termasuk hubungan di kalangan ‘people-to-people’. Pada tahun 2020, nilai dagangan di antara Malaysia dan United Kingdom direkodkan sebanyak RM16.69 bilion, 1.4% lebih tinggi berbanding nilai dagangan yang dicatatkan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM16.46 bilion.
PUTRAJAYA
8 November 2021