KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA DI SUDAN
KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA DI SUDAN
Kementerian Luar Negeri terus memantau rapat perkembangan terkini di Sudan, terutamanya selepas demonstrasi besar-besaran diadakan di seluruh negara tersebut pada 30 Oktober 2021. Rakyat Malaysia tidak terkesan secara langsung dengan demonstrasi ini.
Kesemua 49 rakyat Malaysia, termasuk 25 pelajar yang berdaftar dengan Kedutaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Pegawai-pegawai Kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka. Seorang warganegara Malaysia telah meninggalkan Sudan menerusi penerbangan komersil pada 28 Oktober 2021.
Seramai 17 rakyat Malaysia dan seorang staf PETRONAS warganegara Thailand masih ditempatkan secara sementara di Kediaman Rasmi Duta Besar. Rakyat Malaysia di lokasi-lokasi lain dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia menerusi saluran-saluran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM
| Telefon | : | +249 99 070 0350 |
| E-mel | : | mwkhartoum@kln.gov.my |
| Media sosial | : | @Malawakil.Khartoum (Facebook) |
|
|
| @MYEmbKhartoum (Twitter) |
| WISMA PUTRA |
|
|
| Waktu pejabat | : | 03-88874201 / 4530 |
| Selepas waktu |
|
|
| pejabat | : | 03-88874570 |
| PUTRAJAYA |
|
|
| 1 NOVEMBER 2021 |
|
|