KEMASKINI KEJADIAN GEMPA BUMI DI WILAYAH ISHIKAWA, JEPUN 1 JAN 2024
KEMASKINI KEJADIAN GEMPA BUMI DI WILAYAH ISHIKAWA, JEPUN
1 JAN 2024
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun pada 1 Januari 2024. Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu telah mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.
Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden gempa bumi ini.
Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi tersebut.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo pada butiran yang diberikan di bawah:
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo
Alamat : 20-16, Nanpeidai-cho,
Shibuya-ku,
150-0036 Tokyo
No. Telefon : +81-3-3476-3840
+8180-3913-3840 (kecemasan)
Emel : mwtokyo@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
1 Jan 2024