KEMALANGAN KERETA KABEL DI DAERAH ANTALYA, REPUBLIK TÜRKIYE - 12 APRIL 2024
KEMALANGAN KERETA KABEL DI DAERAH ANTALYA, REPUBLIK TÜRKIYE - 12 APRIL 2024
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, sedang memantau secara rapi perkembangan kemalangan kereta kabel di daerah Antalya, selatan Türkiye pada petang 12 April 2024 yang menyebabkan seorang (1) terkorban, 10 cedera dan lebih daripada 100 orang terperangkap di sepanjang talian kereta kabel. Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta kabel berkenaan.
Malaysia merakamkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk sebarang bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ANKARA
Alamat : Koza Sokak
No. 56, Gaziosmanpasa Cankaya, Ankara
No. Telefon : 00 (90-312) 44635 47 / 48
00 (90 – 5078128406) (no. telefon bimbit)
Emel : mwankara@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI ISTANBUL
Alamat : Esentepe Mah. Ali Kaya Sok.
No: 1/1B, Polat Plaza,
B Blok, Kat 8, Levent/Sisli, Istanbul
No. Telefon : 00 (90-212) 989 10 01
Emel : mwistanbul@kln.gov.my
PUTRAJAYA
13 April 2024