KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LIMA ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI NEW ZEALAND
KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LIMA ORANG
WARGANEGARA MALAYSIA DI NEW ZEALAND
Kementerian Luar Negeri mengesahkan insiden kemalangan jalan raya melibatkan lima orang warganegara Malaysia sekeluarga di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand pada hari Jumaat, 6 Disember 2019 jam 3.01 petang waktu tempatan. Tiga orang daripada mangsa dilaporkan telah terkorban manakala dua lagi sedang menerima rawatan lanjut di hospital tempatan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga mereka bagi memastikan urusan-urusan yang berkenaan berjalan dengan lancar.
Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat dalam insiden ini.
PUTRAJAYA
7 Disember 2019