KEBERADAAN SAM RAINSY DI MALAYSIA
KEBERADAAN SAM RAINSY DI MALAYSIA
Mengenai keberadaan Sam Rainsy, bekas Ketua Pembangkang Kemboja di Malaysia, Kementerian Luar Negeri ingin menjelaskan bahawa YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri tidak dimaklumkan akan kehadiran Sam Rainsy di negara ini.
Namun demikian, Sam Rainsy telah meninggalkan Malaysia pada pagi hari ini dan tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan beliau di sini.
PUTRAJAYA
31 Mei 2023