INSIDEN LETUPAN GUDANG PENYIMPANAN BUNGA API DAN MERCUN DI WILAYAH NARATHIWAT, THAILAND
INSIDEN LETUPAN GUDANG PENYIMPANAN BUNGA API DAN MERCUN DI WILAYAH NARATHIWAT, THAILAND
Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden letupan di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand pada petang 29 Julai 2023.
Menurut laporan awal, letupan berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan (9) kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengikut butiran seperti di bawah:
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
4, Sukhum Road Muang District
Songkhla Province, Songkhla
Telefon : +6674311062 Telefon : +66936570707 (untuk kecemasan)
E-mel : mwsongkhla@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
29 Julai 2023