INSIDEN KAPAL PELANCONG TENGGELAM DI PERAIRAN PULAU KOMODO, LABUAN BAJO, INDONESIA
INSIDEN KAPAL PELANCONG TENGGELAM DI PERAIRAN PULAU KOMODO, LABUAN BAJO, INDONESIA
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ingin mengesahkan bahawa tujuh (7) orang warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal pelancong yang tenggelam di kawasan perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo, Indonesia pada petang 22 Julai 2023 dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Walau bagaimanapun, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut dan sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di butiran seperti di bawah:
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
Jalan H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No. 1-3 Kuningan,
Jakarta Selatan 12950 Republik Indonesia
Telefon : +62 21 5224 947
Telefon : +62 813 8081 3036 (Pegawai Bertugas)
E-mel : mwjakarta@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
22 Julai 2023