GEMPA BUMI DI SYRIA
GEMPA BUMI DI SYRIA
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria, sedang memantau rapi perkembangan susulan kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 yang berpusat di timur bandar Hama, Syria pada jam 11.56 malam waktu tempatan, hari Isnin 12 Ogos 2024. Gegaran telah memberikan kesan kepada Syria dan Lebanon dan turut dirasai sejauh Jordan dan Türkiye.
Pada masa kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas dengan gempa bumi ini. Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan semasa.
Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar keberadaan mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon seperti butiran berikut:
KONSUL KEHORMAT MALAYSIA DI SYRIA
No. Telefon: +963 93324 5555
Emel: samir@honconsuladvisor.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LEBANON
Alamat: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon
No. Telefon: +961 71 380 063 / +961 7677 2527
Emel: mwbeirut@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
13 Ogos 2024