GEMPA BUMI DI MARRAKECH, MAGHRIBI
GEMPA BUMI DI MARRAKECH, MAGHRIBI
Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan ucapan takziah kepada Kerajaan serta rakyat Maghribi yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda di Marrakech, Maghribi pada 8 September 2023.
Kementerian Luar Negeri Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi, sedang memantau perkembangan pasca-gempa bumi berkekuatan 6.8 pada skala Richter yang melanda negara itu. Sehingga kini, angka kematian gempa bumi itu telah mengorbankan lebih dari 1,000 orang dan lebih 1,000 orang turut cedera. Angka kematian dijangka akan meningkat, susulan masih adanya mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Setakat 9 September 2023, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan bencana gempa bumi yang melanda Maghribi ini. Rakyat Malaysia yang berada di Maghribi dinasihatkan untuk senantiasa berwaspada serta mengikuti prosedur dan garis panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Maghribi. Rakyat Malaysia yang berada di Maghribi turut dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Rabat seperti butiran di bawah: -
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
307, Rue Bani Yidder Souissi
10000, Rabat Kingdom of Morocco
Tel: (+212) 5 37 65 83 24 / (+212) 6 73 29 14 24
E-mel : mwrabat@kln.gov.my
PUTRAJAYA
9 September 2023