GEMPA BUMI DI BANDUNG, INDONESIA
GEMPA BUMI DI BANDUNG, INDONESIA
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sedang memantau rapat keadaan semasa selepas berlakunya kejadian gempa bumi di Bandung, Indonesia pada 18 September 2024.
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkesan atau terjejas akibat insiden ini.
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dan kawasan berdekatan dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati, serta mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, seperti butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA
Alamat : Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan,
Jakarta Selatan 12950, Republik Indonesia
No. Telefon : +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036 (Untuk Kecemasan Di Luar Waktu Pejabat)
Emel : mwjakarta@kln.gov.my
Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam ini.
PUTRAJAYA
19 September 2024