BANJIR BESAR DI VALENCIA, SEPANYOL
BANJIR BESAR DI VALENCIA, SEPANYOL
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau situasi banjir besar yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol, susulan hujan lebat yang berterusan sejak 29 Oktober 2024.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol, khususnya kepada mangsa yang terkesan akibat banjir ini. Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas oleh situasi banjir tersebut. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan agar berwaspada dan mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka yang belum mendaftar atau mengemaskini keberadaan dan maklumat diri adalah digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid, seperti butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MADRID
Alamat : Ave. de los Madroños 63B, 28043 Madrid
No. Telefon : +34659894943 (24 jam)
E-mail : mwmadrid@kln.gov.my
PUTRAJAYA
31 Oktober 2024