138 RAKYAT MALAYSIA DI INDIA TELAH SELAMAT TIBA DI TANAH AIR EKORAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19
138 RAKYAT MALAYSIA DI INDIA TELAH SELAMAT TIBA DI TANAH AIR
EKORAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa, hasil usahasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India telah berjaya membantu memudahcara urusan pulang rakyat Malaysia dan India ke negara masing-masing. Kerjasama ini telah membolehkan seramai 138 rakyat Malaysia dan 405 rakyat India pulang ke negara masing-masing semalam, 18 Mac 2020. Perincian penerbangan semalam adalah seperti berikut:
-
Penerbangan dari India ke Malaysia melibatkan 138 rakyat Malaysia:
i. Satu (1) penerbangan Air Asia melibatkan 111 orang rakyat Malaysia dari New Delhi; dan
ii. Penerbangan-penerbangan komersial lain melibatkan 27 orang rakyat Malaysia dari New Delhi. -
Penerbangan dari Malaysia ke India melibatkan 405 rakyat India:
i. Dua (2) penerbangan Air Asia dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi, New Delhi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Vizag, India.
Kementerian Luar Negeri juga ingin memaklumkan bahawa setakat jam 3.00 petang, 19 Mac 2020, seramai 1,075 orang warganegara Malaysia masih lagi terkandas di India. Perincian jumlah ini adalah seperti berikut:-
NO. | WILAYAH | BILANGAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERKANDAS |
|---|---|---|
| | Chennai | 450 |
| | Trichy | 430 |
| | New Delhi | 97 |
| | Bangalore | 63 |
| | Mumbai | 24 |
| | Cochin | 11 |
JUMLAH | 1,075 | |